Tuesday, September 18, 2012

Tembikai - Untuk Ibu Mengandung


MAKANAN KEGEMARAN RASULULAH S.A.W


1. Barli – Bagus untuk demam jika dibuat sup.
2. Kurma – Nabi berkata rumah yang tidak mempunyai kurma adalah sepert
rumah yang tidak ada makanan.
3. Buah Tin – Buah dari syurga. Boleh mengubati buasir.
4. Anggur – Nabi suka buah anggur. Ia membersihkan darah, menguatkan buah pinggang, membersihkan perut
5. Madu – Ia adalah makanan segala makanan, minuman segala minuman, ubat segala ubat. Mengubati cirit birit jika dibancuh dengan air panas, membuka selera, menguatkan perut, membuang kahak. Elok diminun waktu pagi dengan air suam.
6. Tembikai (Segala Jenis) – Nabi berkata wanita mengandung tidak akan gagal melahirkan anak yang baik dari segi karater dan wajahnya.


7. Susu – Nabi berkata susu baik untuk membuang panas badan seperti tangan membuang peluh dari dahi. Menguatkan belakang, memperbaiki otak memperbaharui pandangan mata, membuang
kelupaan.
8. Cendawan – Baik untuk mata, perancang keluarga.
9. Minyak Zaitun – Rawatan kulit dan rambut. Melambatkan penuaan, merawat radang perut.
10. Delima – Membersihkan tubuh dari syaitan & bisikan syaitan selama 40 hari.
11. Cuka – Nabi selalu meminum dengan minyak zaitun (Trend yang popular di restoran Itali)
12. Air – Minuman terbaik. Jika dahaga hendaklah disedut perlahan-lahan.
Jangan diteguk. Mudah mendapat sakit pada hati.

Saturday, September 15, 2012

Apa itu falsafah?


Perkataan Falsafah فلسفة  ialah kalimah معربة  mu’arrabah (bukan asal perkataan arab tetapi dijadikan kalimah arab) Asal perkataan ini daripada bahasa Greek lama yang terdiri daripada dua perkataan dan dicantumkan menjadi satu perkataan.
1) Philo فيلو : Bermaksud mahabbah (cinta).
2) Sophia سوفيا : Bermaksud hikmah.
Apabila digabungkan maka jadilah maknanya cintakan hikmah. Adapun ahlinya disebut فيلوسوف  (failusuf) yang membawa maksud  محب الحكمة  (muhibbul hikmah = pencinta hikmah)
Ahli sejarah berbeza pandangan dalam menetukan siapa yang mula-mula menggunakan dua kalimah ini. Dikatakan oleh ahli sejarah, dua perkataan ini tidak pernah digunakan kecuali pada kurun ke 6 sebelum milad (iaitu sebelum kelahiran Nabi Isa Al-Masih) atau sebelum masihi.
Dikatakan فيثاغورس (Pitagoras) yang mula-mula menggunakan perkataan ini dan juga menggabungkan di dalam satu tarkib (susunan perkataan). Ini dapat dilihat melalui perkataan beliau yang menyebut;
أنا لست حكيما وإنما أنا محب للحكمة
Aku bukanlah hakim (sang hikmah) tetapi aku hanyalah pencinta kepada hikmah.
Pada pandangan Pitagoras, hakim hanya layak dinisbahkan kepada Allah sahaja adapun manusia hanya mampu untuk menyintai hikmah dan mencari ma’rifah untuk mengkaji tentang hakikat sesuatu.
pitagoras“Pitagoras”
Berpandangan golongan yang lain bahawasanya yang mula-mula menggunakan kalimah falsafah ini dalam satu tarkib (iaitu gabungan di antara dua perkataan Philo + Sophia) ialah سقراط (Suqrat/Socrates) ketikamana beliau melihat golongan sebelumnya daripada ahli falsafah menamakan diri mereka dengan sufist dan juga ketikamana beliau melihat golongan السوفسطائيين  (Sufasta’yiin) mendakwa dengan laqab (gelaran) ini dan menisbahkan kepada mereka dengan gelaran hukama’. Maka berkata Suqrat/Socrates ;
أنا لست سوفست وإنما أنا فيلو سوفوس
بمعنى أنني لست حكيما وإنما أنا فيلوسوف أي محب للحكمة
Aku bukanlah sufist (hakim) tetapi hanyalah failusufus bermaksud aku bukanlah hakim teapi aku hanyalah failusuf iaitu pencinta kepada hikmah.
Ta’rif daripada sudut istilah falsafah.
Berbeza-beza ta’rifan dari sudut istilah mengikut perbezaan aliran dan sekolah falsafiyyah merujuk kepada satu aspek. Daripada aspek yang lain perbezaan ta’rifan disebabkan berbezanya zaman pra sejarah. Apa yang dita’rifkan pada العصور القديمة  (zaman lama) berbeza pada العصور الوسطى  (zaman pertengahan) danالعصور الحديثة (zaman modern).
Tiga zaman ini merupakan peringkat perkembangan ilmu falsafah dan setiap zaman itu lahirnya tokoh-tokohnya yang tersendiri.
Pandangan ahli falsafah zaman sebelum Suqrat/Socrates yang mewakili permulaan falsafah di Negara Yunani ialah pandangan bersifat مادية  maadiyyah (sesuatu benda yang boleh dicapai melalui pancaindera). Sebahagian besar ahli falsafah zaman ini ialah golongan الطابيعيين (at-Tobi’iyyin) yang berpendapat kewujudan hanya terbatas pada alam maadi dan tidak ada kewujudan disebalik maadah. Bermaksud jika sesuatu kewujudan itu tidak boleh dilihat atau disentuh atau dirasa melalui pancaindera maka ia tidak wujud.
Daripada sinilah yang menghala perbahasan mereka kepada العلل الأولى (sebab yang pertama) bagi tobi’ah atau asal kewujudan sesuatu secara tobi’ah (semulajadi). Dinamakan mereka sebagai ahli falsafah الطابعيين (at-Tobi’ieyyin).
Kita lihat apa pandangan golongan الطابعيين (at-Tobi’ieyyin) dalam menyatakan asal kewujudan setiap sesuatu ;
1) Berkata  فطاليس ;
إن أصل الأشياء الماء منه خرجت جميع الموجودات
“Sesungguhnya air itu asal sesuatu. Daripada air ini keluarnya semua maujudaat (benda yang wujud)”
2) Berkata انكسمندر ;
إن أصل الأشياء الماء منه خرجت جميع الموجودات
Sesungguhnya air adalah asal sesuatu daripadanya keluarnya semua benda yang wujud.
3) Berkata انكسيمانس ;
إن الهواء أصل الأشياء
“Sesungguhnya udara itu asal sesuatu”
4) Berkata هرقليطس ;
إن النار أصل الموجودات
Sesungguhnya api itu asal semua benda yang wujud.
 socrates
“Suqrat/Socrates”
Kemudian datang سقراط (Suqrat/Socrates) mengalakan perbahasan mengenai insan, akhlak insan dan menghalakan penumpuan manusia kepada perbahasan pada diri mereka. Beliau menggunakan syiar ;
اعرف نفسك بنفسك
Kenalilah diri kamu melalui diri kamu
Slogan ini dijadikan syiar bagi Suqrat/Socrates sehingga dikatakan sesungguhnya Suqrat/Socrates yang menurunkan falsafah daripada langit ke bumi.
Kemudian datang pula أفلاطون (Pluto) dan memperluaskan lagi makna falsafah dan berpegang dengan teori-teori sebahagian ahli falsafah yang sebelumnya terutamanya  بارمنيدس atau باري أرمينياس ( Peri Armenias ) dan سقراط (Socrates).
Beliau (Pluto) menggabungkan teori Peri Armenias dan Suqrat (Socrates).
Aristotle“Aristo/Aristotle”
Kemudian datangnya أرسطو  (Aristotle) yang digelar المعلم الأول (Guru yang pertama). Berkembang madrasahnya (aliran) dan dikenali sebagai المشائين (Orang yang berjalan) kerana kebiasaannya beliau menyampaikan pengajiannya dalam keadaan berjalan dan murid-muridnya mengikuti beliau di sekelilingnya.
Kesimpulan makna falsafah
1) Falsafah ialah pengetahuan yang bersifat aqliyyah dan ilmu dengan maksud yang umum. Makna ini yang didapati di sisi Aristotle ketika menta’rifkan falsafah dengan katanya;
Sesungguhnya falsafah itu pembelajaran tentang kewujudan dengan apa dia maujud (ada) atau pembelajaran ‘ilal ( sebab-sebab) dan prinsip-prinsip yang pertama bagi setiap sesuatu. Maksud ini juga mempengaruhi ahli falsafah modern seperti ديكارت  (Decrotes) danبيكون  (Bacon). Jadi falsafah di sisi  ديكارت  (Decrotes) ialah ilmu dengan prinsip-prinsip yang pertama dan ilmu kulli yang mengcakupi.
2) Falsafah ialah himpunan pembelajaran dan pemerhatian zat tab’ie secara umum yang menjurus kepada pengembalian sistem daripada ma’rifah keseluruhannya kepada bilangan yang kecil daripada prinsip-prinsip yang dikemukakan.
Dengan ta’rif di atas disebut  falsafah al-‘uluum, falsafah at-taarikh, falsafah al-qaanun dan inilah ta’rif di sisi سبنسير  (Spencer).
3) Falsafah ialah pembelajaran yang bersifat naqdiyyah (kritikan) dan pemerhatian. Inilah ta’rif di sisi كرونو  (Chrono).
4) Falsafah ialah pembelajaran yang berkait dengan hukum-hukum yang kukuh. Asas ini terdiri daripada العلوم المعيارية  (al-‘ulum al-mi'yariyyah) yang tiga iaitu 1) Ilmu Akhlak yang membahaskan tentang nilai kebaikan. 2) Ilmu Mantiq yang membahaskan tentang nilai kebenaran 3) Ilmu Jamal yang membahaskan tentang nilai kecantikan.
5) Falsafah secara asas ما بعد الطبيعة  (ma ba’da at-tobi’ah). Ma ba’da at-tobi’ah telah di ta’rifkan oleh Aristotle ialah perbahasan pada sesuatu yang wujud dengan apa dia wujud.
6) Falsafah ialah ilmu yang melahirkan aqal atau kekuatan orang yang beraqal pada manusia dengan maksud memerhati dan mengamati kepada kejadian. Matlamat falsafah ialah menguasai ke atas kekuatan yang besifat tobi’ie dan mengadili pada sumber-sumbernya untuk merealisasikan sa’adatul insan (kebahagian manusia). Ini ta’rif di sisiفرنسيس بيكون.
- Rujukan kitab muhaadhoraat fi al-falsafah al-islamiyyah, Dukturah Laila Sulaiman Ali Bakr, Al-Mudarrisah biqismi Al-Aqidah Wal Falsafah, Kulliyah Ad-Dirasat lil Banat, Jami’atul Al-Azhar As-Syarif bil Mansurah,

Tahajjud cantikkan wajah...


Khas buat kaum adam dan hawa di luar sana...ingin ana kongsikan tips kecantikan bersama...xsusah dan xsukar utk kita lakukan...tidak juga perlu bersusah payah utk mengeluarkan belanja yg mahal2 semata2 utk mencantikkan wajah...cuma perlu mengorbankan sedikit masa tidur...mudah bukan??kesan sampingan pon tiada utk kita risaukan...mudahnya nak jadi cantik..^^




 Tahajud mempercantik wajah.

Pernahkan anda duduk dekat ataupun memperhatikan wajah org ahli ibadah? Amatilah…wajahnya begitu bening, bersih, teduh dan bercahaya tanpa make up. Demikianlah Allah memberinya ‘NUR’ yang terpancar diwajahnya. Bagaimana dengan Rasul dan sahabatnya….?? Subhanallah…tentu tak dapat dibayangkan wajah Penghulu Syurga tersebut..Allahumma shalli ala Muhammad.

Siapa yang tidak ingin tampil cantik/kacak bercahaya seperti itu, terutama para ukhti . Kecantikan merupakan satu hal yang sangat diinginkan oleh para ukhti. Mereka para kaum Hawa itu banyak yang telah mencuba berbagai cara, baik dengan menggunakan berbagai kosmetik, pemutih atau menggunakan lulur, ekstrak bengkoang dan lain-lain agar wajahnya menjadi putih dan berseri. Semua yg disebutkan tadi kita sedia maklum ada mengandung zat-zat kimia yang berbahaya, kenapa tidak menggunakan cara yang satu ini? Apa caranya? Iaitu solat tahajjud di malam hari.

Berkata Imam Ibnul Qayyim, ”Sesungguhnya solat malam itu dapat memberikan sinar yang tampak di wajah dan membaguskannya. Ada sebagian wanita yang memperbanyak melakukan solat malam. Ketika ditanyakan kepada mereka mengenai hal tersebut, mereka menjawab, Solat malam itu dapat membaguskan wajah dan kami senang jika wajah kami menjadi lebih bagus. Demikian yang dituliskan oleh Mahmud Mahdi Al-Istambuli. Perlu juga diingat bahwa cara ini bukan saja dimonopoli kaum Hawa saja, kaum Adam pun perlu juga menerapkannya.

Keutamaan Shalat Tahajjud disamping hikmah diatas bagi yang melaksanakannya, solat malam ini pun mempunyai keutamaan yang lain berdasarkan Al Qur’an dan Al Hadist. Bahkan inilah yang lebih penting, yaitu :

1. Allah akan mengangkat ke tempat yang terpuji, dalilnya adalah “Dan pada sebagian malam hari bertahajjudlah kamu sebagai suatu ibadah tambahan bagimu; Mudah-mudahan Tuhanmu mengangkat kamu ke tempat yang terpuji”(Al Israa : 79).

2. Shalat malam dapat mendekatkan diri kepada Allah dan dapat menghapuskan dosa, “Hendaklah kalian melaksanakan shalat malam karena shalat malam itu merupakan kebiasaan orang-orang shaleh sebelum kalian, ibadah yang mendekatkan diri kepada Tuhan kalian, serta penutup kesalahan dan penghapus dosa. (HR. Tirmidzi)

3. Kemuliaan orang beriman ada pada solat malam Jibril berkata, “Hai Muhammad, kemuliaan orang beriman ada dengan shalat malam. Dan kegagahan orang beriman adalah sikap mandiri dari bantuan orang lain.” (Silsilah Al Ahadits Ash Shahihah no. 831).

Solat malam yang paling utama adalah pada sepertiga malam yang terakhir. Pada saat ini doa akan dikabulkan oleh Allah. Hal ini berdasarkan hadits yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah bahwasannya Nabi pernah bersabda: Allah turun ke langit dunia setiap malam pada sepertiga malam terakhir. Allah lalu berfirman, Siapa yang berdoa kepadaKu niscaya Aku kabulkan! Siapa yang meminta kepadaKu niscaya Aku beri! Siapa yang meminta ampun kepadaKu tentu Aku ampuni. Demikianlah keadaannya hingga fajar terbit. (HR. Bukhari dan Muslim).

  Biarlah tidak cantik di mata manusia tapi cantik pada pandangan DIA... 


*copy dr kwn,info yg menarik..tq.

Pengasas Pondok Sungai Bakap


TUAN GURU HAJI YUSOFF BIN HAJI SAAD

 Kali ini ana menceritakan serba sedikit tentang pengasas PONDOK SUNGAI BAKAP,PULAU PINANG...Yang mana menjadi tempatku menimba ilmu ukhrawi suatu masa dulu...MADRASAH IRSYADIAH AL-ASYRAF AL-WATANIAH subur dalam ingatan....
Tuan Guru Haji Yusoff bin Haji Saad dilahirkan pada tahun 1918 di Kampung Relau, Bandar Baharu, Kulim Kedah. Namanya terkenal dan meniti di bibir masyarakat Seberang Perai Selatan dan utara Perak. Beliau telah diasuh dan dididik dengan penuh nilai keislaman serta kasih sayang oleh kedua ibu bapanya. Suasana itu menyebabkan beliau sangat disenangi oleh masyarakat kerana sikap lemah lembutnya tetapi tegas dalam perkara melibatkan akhlak anak-anak muridnya.
Pendidikan Awal
Beliau mendapat pendidikan awal di Madrasah Idrisiah, Bukit Chandan Kuala Kangsar, Perak iaitu sebuah madradah yang tidak asing lagi dimata masyarakat Islam di sebelah utara. Di situlah lahirnya ramaicerdik pandai dan agamawan yang ulung. Beliau memulakan pengajian bersama sahabat karibnya, Tuan Guru Ustaz Haji Ibrahim, yang juga sepupunnya. Setelah tamat pengajian beliau menyambung pengajian di Pondok Guar Chempedak, Yan Kedah yang ketika itu dipimpin oleh Tuan Guru Haji Abdullah Sanaf, seorang guru yang alim.
Setelah beberapa tahun kemudian beliau melanjutkan pengajian ke Madrasah Daeratul Maarif Wataniah, Kepala Batas yang dipimpin oleh seorang ulama yang sangat disegani ramai, Tuan Guru Haji Abdullah Fahim. Beliau sempat mengutip mutiara-mutiara ilmu dari Abdullah Fahim. Kemudain beliau melanjutkan lagi pengajian ke Madarasah Manabiul Ulum Wamataliu’nujum yang ketika itu dipimpin oleh seorang ulama terkemuka bernama Syeikh Usman Jalaluddin al-Kalantani yang merupakan murid kepada Tok Kenali. Di sini kewibawaan beliau mula terserlah apabila beliau diamanahkan mengetuai usrah-usrah dan majlis muzakarah di madrasah tersebut.
Seterusnya beliau beriltizam untuk meneruskan pengajian ke gedung ilmu yang termasyhur iaitu Makkah. Hasrat beliau itu tercapai apabila tamat pengajian di Manbiul Ulum dan terus melanjutkan pengajian keMakkah. Ketika di sana beliau sempat bersahabat dengan beberapa tokoh yang terkenal seperti Tuan Guru Abu Bakar Baqir, pejuang kemerdekaan dan juga pengasas Mahaad Ehya Syariff.
Mendirikan Rumah Tangga
Setekah selesai pengajian di Makkah, pada tahun 1953 beliau pulang dan bertemu jodoh dengan Hajah Kalsom Haji Putih adik perempuan kepada sahabat beliau Tuan Guru Haji Talib bin Haji Putih. Hasil perkongsian hidup dengan Hajah Kalsom,mereka dikurnaikan enam cahaya mata. Salah seorangnya ialah Ustaz Haji Abdul Aziz, yang kini memikul tanggungjawab sebagai mudir Madrasah Irshadiyah al-Asharaf al-Wataniah.
Membuka Madrasah
Pada tahun 1953, beliau telah melihat dan mengkaji perlunya masyarakat tempatan di sekitar daerah Seberang Perai khususnya Sungai Bakap kepada sebuah madrasah atau pusat pengajian yang berteraskan pondok. Oleh sebab itu, beliau telah memilih sebuah perkampungan Islam di Jalan Stesen, Sungai Bakap untuk mendirikan sebuah musolla dan seterusnya menjadi sebuah madrasah. Atas keprihatinan dan bantuan penduduk setempat akhirnya hasrat beliau itu tercapai. Madrasah tersebut dinamakan Madrasah Irsyad al-Ashraf al-Wataniah yang bermaksud Petunjuk dan Penggerak Anak-anak Bangsa.
Dengan tertubuhnya madrasah ini, maka ramailah anak murid yang datang untuk menuntut ilmu. Anak muridnya tidak terbatas sekadar di kawasan Sungai Bakap sahaja malah hingga ke daerah Kerian seperti Perit Buntar, Tanjung Piandang, Kuala Kurau, Bagan Serai dan kawasan sekitarnya.
Menyedari suasana pendidikan yang sentiasa berubah, maka beliau telah menerima cadangan yang dikemukakan oleh Tuan Guru Haji Abdul Halim anak saudaranya, untuk membahagikan pengajian kepada dua bahagian iaitu nizhami dan umummi. Tuan Guru Haji Yusoff mengajar dan mentadbir bahagian umummi manakala Tuan Guru Haji Abdul Halim mengajar dan mentadbir bahagian nizhami.
Tuan Guru Haji Yusoff mengajar dengan penuh rasa tanggungjawab demi memastikan anak-anak muridnya mendapat ilmu pengetahuan yang secukupnya. Oleh sebab itu beliau sangat bertegas dengan tatatertib dan disiplin diri seorang pelajar. Antara perkara yang dititik beratkan ialah, beliau tidak suka pelajar menyimpan rambut panjang dan membaca majalah-majalah yang tidak berfaedah.
Kembali ke Rahmatullah
Sudah menjadi sunnatullah, setiap yang hidup akan meninggal dunia. Begitulah juga dengan Tuan Guru Haji Yusoff. Beliau kembali ke rahmahtullah pada 1 Muharam 1399/20 Disember 1979. Pemergian beliau ini telah meninggalkan kesan yang sangat mendalam kepada anak murid dan masyarakat setempat.
Tugas beliau akhirnya dipangku oleh anak saudaranya Tuan Guru Haji Abdul Halim. Jasa beliau tidak mungkin dapat dilupakan oleh masyarakat setempat kerana telah mewariskan sebuah institusi pendidikan yang sangat berjasa pada anak bangsa. Antara pesanan terakhir kepada anak murdnya ialah: “Aku mengajar supaya kamu boleh belajar”. Begitulah jasa dan sumbangan Tuan Guru Haji Yusoff pada masyarakat setempat. Semoga roh beliau sentiasa dicucuri rahmat oleh Allah SWT.
Link asal di sini:

Thursday, May 31, 2012

coretan selamber..

HAI SEMUA, SALAM UKHUWAH
WOW!LAMA BETUL X UPDATE BLOG NI..

KINI DAH MEI 2012..NEW STORY ANA N SUAMI AKAN SAMBUNG BELAJAR..ANAK PERTAMA KAMI YG LAHIR 4 APRIL 2010 KINI DH BERUSIA DUA THN..INSYAALLAH HUJUNG THN NI AKAN BERTAMBAH REZKI KAMI SORG LG CAHAYA MATA KAMI AKAN LAHIR
SO! HOPE EVERYTHING YG AKAN BERLAKU OK JER,INSYALLAH.