Wednesday, August 5, 2009

FADHILAT ZIKIR...

Abu Hurairah dan Abu Khudri r.anh memberitakan bahawa mreka menyaksikan Rasulullah saw bersabda, "Tidak ada jemaah yang duduk sambil berzikrullah melainkan dikerumuni oleh malaikat, diliputinya mereka dengan rahmat, diturunkan ke atas mereka ketenangan dan disebutkan mereka oleh Allah swt dihadapan mereka yang berada di sisiNya".

Abu Zar r.anh meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah saw bersabda, "Aku nasihatkan kamu, kamu hendaklah bertakwa kepada Allah swt kerana Ianya sumber segala amalan. Utamakanlah bacaan Al-Quran dan zikrullah kerana dengan itu nama kamu akan disebut dilangit dan menyebabkan nur di permukaan bumi. Perbicarakanlah yang baik-baik atau senyap nescaya syaitan akan terhindar darimu dan kamu akan ditolong tentang urusan-urusan agamamu.

Janganlah sesekali banyak ketawa, kerana dengan itu hatimu akan mati dan cahaya dari wajahmu akan terlenyap.
Utamakanlah jihad kerana itulah kebanggaan umatKu. Hendaklah mengasihani orang-orang yang miskin dan menggauli mereka. Dan perhatikanlah keadaan mereka yang lebih rendah daripada keadaanmu. Janganlah sekali-kali memperhatikan keadaan mereka yang lebih tinggi daripada keadaan kamu kerana dengan ini kamu tidak dapat mensyukuri nikmat-nikmat Allah yang Ia anugerahkan kepadamu. Hendaklah mengukuhkan siratulrahim dengan kaum kerabatmu walaupun mereka memutuskan perhubungan mereka dengan mu.

Hendaklah berbicara yang benar walaupun pahit. Janganlah sesekali menghiraukan cara pencela mengenai urusan-urusan agama Allah swt. Carilah keaiban dirimu sendiri, dan janganlah sesekali menghebohkan keaiban orang lain.
Janganlah sekali-kali memurkai seseorang kerana keburukannya yang terlihat di dalam dirimu sendiri.

Wahai Abu Zar, tidak ada kebijaksanaan yang lebih bernilai daripada tindakan yang sewajarnya, sebaik-baik takwa ialah menjauhi segala larangan dan tidak ada kemuliaan yang setimpal dengan akhlak yang sempurna".

Sumber: Kitab Fadhail Amal