Friday, October 16, 2009

renungkan

Apa yang kita miliki hari ini dan saat ini adalah hasil daripada keputusan yang kita ambil beberapa jam atau beberapa minit atau beberapa saat sebelum ini. Apa yang kita lalui sekarang adalah hasil daripada keputusan serta pertimbangan yang kita lakukan beberapa detik yang lalu. Bijak keputusan dan pertimbangan kita maka eloklah hasil yang kita akan perolehi.

Kehidupan yang sementara di muka bumi ALLAH ini juga merupakan persoalan yang cukup besar untuk kita natijahkan kepada satu keputusan pada akhirnya. ALLAH telah banyak menyatakan di dalam Al-Quran berkenaan akan adanya satu masa manusia akan diadili dan dimasukkan ke dalam syurga yang penuh kenikmatan atau keneraka yang penuh dengan azab. Persoalan atau pilihan ini ALLAH bukan berikan kepada manusia ketika mana mereka berhadapan dengan hari pengadilan tetapi ALLAH yang Maha Adil telah memberikan persoalan dan pilihan itu sejak manusia diciptakan oleh ALLAH. Firman ALLAH S.W.T. dalam surah Yassin ayat 69 dan 70:
(Nabi Muhammad bukanlah penyair) dan Kami tidak mengajarkan syair kepadanya, dan kepandaian bersyair itu pula tidak sesuai baginya. Yang Kami wahyukan kepadanya itu tidak lain melainkan nasihat pengajaran dan Kitab Suci yang memberi penerangan¿ ¿Supaya ia memberi peringatan kepada orang yang sedia hidup (hatinya) dan supaya nyata tetapnya hukuman (azab) terhadap orang-orang yang kufur ingkar.

Tidak akan ada pengetahuan dan ilmu yang mampu menjadi asas yang kukuh bagi manusia dalam proses untuk membuat keputusan dan pilihan sama ada dimasukkan ke syurga atau ke nereka melainkan dengan ISLAM. ISLAM merupakan cara hidup bukan sekadar instrument untuk solat, nikah & kahwin, puasa, zakat, urusan warisan harta, urusan jenazah dan lain-lain. ISLAM satu cara atau system hidup yang mentarbiyyah/mendidik manusia untuk melihat keluasan negeri akhirat berbanding kesempitan negeri dunia dan membebaskan manusia daripada perhambaan semasa mahkluk kepada mentauhidkan ALLAH.

No comments:

Post a Comment